Salam untuk semua,
Alhamdulillah, saya telah berjaya membuat pelaburan emas dengan GM Public Gold, Encik Syukor Hashim.
Kenangan, saya akan ceritakan :
i. Saya telah mengkaji cara memaksimumkan pelaburan yang akan saya lakukan pada tahun 2012. Saya ada lah melabur dalam ASB, unit Trust, saham Bank Rakyat (adalah sikit-sikit)...untuk masa hadapan serta untuk anak2.
Tips : penting untuk kita mengkaji .... cara bagaimana, terpulanglah kpd anda semua. Sekiranya kita tak mengkaji ... bagaimana kita nak berubah ! Kajian...tak lain dan tak bukan menambahkan 'ilmu' pelaburan !! So kena membaca, bertanya serta berfikir (analisa). Insya-Allah, dengan tawakal ;pasti mendapat petunjuk. Tulis memang senang ..... nak buat susah !!
ii. Bertindak ... nekad utk menghubungi 'mentor' .... jangan ingat senang, ada yang 'ambil kisah tak kisah je' ; ada yang tak meberi respon langsung ; ada yang mengambil berat (mungkin ada peluang utk dapatkan 'downline' heheheeheee !!
Tips : jangan putus asa, cuba dan terus mencuba. Ada hikmat disebaliknya.
iii. Tunjuk ajar yang baik. Saya mengingati diri saya sendiri....apabila orang meminta pertolongan, bantu mereka sebaik mungkin. Jadikan kesusahan mereka sesuatu cabaran untuk kita, jangan cepat mengalah atau merungut.
Tips : Guru yang baik, anak murid yang baik. Guru yang 'kurang' baik, anak murid tak akan kemana-mana...mungkin ajaran 'salah'.
iv. Pelaburan. Ilmu masih kurang...so kena belajar, duit dah dilaburkan... emas fizikal dapat. Apa nak buat? Ilmu lagi.... cara nak simpan ! cara nak tambah pelaburan ! cara nak jadi dealer yang bagus !
Tips : Pembelajaran sehingga akhir hayat. Ilmu baru... 'wise man'.
v. Realiti .... kesungguhan, nekad, azam baru, tawakal, kita tengok nanti..... berjaya ke?
Tips : Berusaha bersungguh-sungguh, sehingga berjaya.
Ada beberapa pelaburan lain seperti hartanah, saham, serta lain-lain .... tetapi saya rasa ini adalah yang terbaik !!
So, bermulalah perjalanan saya ..... Pelaburan Emas !!
Jumpa lagi ...
p/s. berapa jumlah pelaburan emas? Nanti saya cerita....malulah !!